Orientasi pelajar

ORIENTASI PELAJAR selalu dilakukan di sekolah-sekolah atau asrama pada setiap awal tahun. Orientasi diadakan untuk ahli baharu seperti pelajar-pelajar yang baharu masuk ke asrama atau sekolah. Pelajar-pelajar baharu akan mudah untuk mengenali pelajar lain dengan adanya orientasi kerana pelajar-pelajar akan dibahagi kepada beberapa kumpulan dan akan berjuang bersama-sama dalam setiap permainan yang disediakan sehingga kumpulan mereka menang.